Monday, July 1, 2019

Konfigurasi APN untuk ONEXOX

Pernahkah anda tiba-tiba mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa-apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan '3G' atau 'H'. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yang dikenali sebagai APN.

Apakah itu APN & fungsinya ?
Titik capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yang menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yang dimasukkan.
Tetapi ada peranti yg menggunakan firmware atau custom rom yg tiada database APN dimana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya 'kosong' dimana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.

Nota:- Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan, kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yang tersimpan untuk sambungan pelayan (server) telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.


PANDUAN KONFIGURASI INTERNET APN - ONEXOX
Cara setting APN internet Onexox :
1. Pergi ke Settings -> More Settings -> Mobile Network -> Access Point Names.
2. Klik dibawah dan pilih +New APN.
3. Setkan Name sebagai XOX.
4. Setkan APN sebagai XOX.
5. Klik dibawah dan pilih Save.
6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
7. Kemudian pergi ke Settings -> More Settings -> Mobile Network - Network Mode.
8. Pilih WCDMA/GSM atau 3G only.
9. Restart semula HP.


Tetapan (setting) berikut adalah cara-cara manual yang perlu dilakukan sekiranya telefon mudah alih anda tidak membuat tetapan secara automatik.

APN: XOX
Internet Mode: http
Username:
 none
Password: none
Authentication type: none
Use Proxy: Yes
IP Address Proxy: none
Port No Proxy: 8080
Username Proxy: none
Password Proxy: none
MNC :19
MCC: 502


Semoga memberi manfaat pada user dan dealer ONEXOX.

No comments:

Post a Comment